Pandangan berkenaan Palestin

Posted: January 4, 2009 in Interest

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuhu,

Isu Palestin muktakhir ini  semakin hangat dan kita sama-sama merasakan kesedihan yang ditanggung rakyat Palestin. InshaAllah sama-sama kita perbanyakkan doa untuk mereka dan bersedekah agar dapat sedikit sebanyak mengurangkan keperitan hidup rakyat di sana. Sedih apabila melihat ramai saudara-saudara kita yang menjadi korban serangan Israel ke atas Palestin. Tetapi hari ini, suka saya mengalih sedikit fokus kita kepada perkara yang lebih penting.

Sungguh, pada saya, isu Palestin ini seolah-olah tiada penghujungnya. Dan amat malang pada umat Islam kerana ada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh. Solusi yang tepat dan cermat perlu diusahakan agar dapat kita memastikan bahawa isu ini tidak lagi membelenggu rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Berkenaan dengan peperangan di Palestin, pada saya, apa yang diperjuangkan oleh rakyatnya adalah benar dan seharusnya disokong dan dibantu umat Islam di seluruh dunia. Perjuangan mempertahankan hak itu sememangnya dituntut Islam. Akan tetapi melihat kepada keadaan penduduk Palestin sekarang, langkah yang lebih aman patut dijadikan prioriti  pimpinan tertinggi Palestin. Shaykh Ibn Baz (hafitha-hullaah) pernah berkata jalan yang terbaik untuk Palestin sekarang adalah dengan mengusahakan perdamaian dengan Israel. Dalam keadaan rakyat yang tidak stabil dan negara yang tidak tersusun dan huru-hara sekarang, adalah lebih awla dan bijak bagi pimpinan mereka mengusahakan perdamaian supaya dapat dibina kekuatan dalam jangka masa perdamaian itu.

Kuasa di dunia globalisasi sekarang bukan lagi terletak kepada kuasa ketenteraan semata. Kunci utama kepada kuasa yang mutlak adalah ilmu! Untuk itu usaha perdamaian perlu dilakukan dan rakyat Palestin harus banyak bersabar. Kumpul segala asa dan kuasa untuk mengukuhkan penguasaan ilmu dan inshaAllah akan datang secara tidak langsung kekuatan dari sudut ekonomi dan ketenteraan. Dan apabila sudah ada kekuatan dari semua segi barulah wajar untuk mendapatkan semula tanah yang telah diambil.

Mungkin ramai yang kurang bersetuju dan akan mengatakan bahawa tindakan berdamai menandakan kita menyerah kalah. Sama sekali tidak! Dalam isu yang serius seperti ini, pendekatan rasional perlu diambil supaya kita dapat mencapai kata putus yang cermat dan baik. Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sesuatu tanpa berfikir akan akibat dari tindakan yang diambil. Dalam seerah pun dapat kita saksikan adanya ketika umat Islam berundur dari peperangan dan seharusnya kita melihat perkara ini dari sudut strategi yang bernas. Adalah mustahil bagi umat Islam di Palestin untuk mencapai kemenangan dalam keadaan sekarang. Perlu diingat kekuatan ketenteraan Israel adalah kedua terbaik selepas Amerika Syarikat dan Israel sentiasa mendapat bantuan dan sokongan dari Amerika Syarikat. Dari sudut strategi, peperangan fizikal yang dilancarkan sekarang ini adalah tidak wajar dan tidak membuahkan hasil yang baik.

Di kala umat Islam dalam kesempitan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan. Pada waktu-waktu genting sebegini kita akan lihat dalam berita, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menarik perhatian dunia dan ramai di antara kita yang terpedaya dengan lisan mereka ini. Lihat sahaja umat Islam sekarang yang banyak mengagung-agungkan Hassan Nasrallah dari ‘Hizbullah’ Hizbussyaitan dan Iran sehinggakan ada yang mengangkat mereka sebagai pemimpin umat Islam?! Di mana pergi sensitiviti aqidah umat Islam sekarang? Tidakkah umat Islam sekarang sedar bahawa orang yang diagung-agungkan itu merupakan duri dalam daging umat Islam? Jangan terlalu terbawa-bawa dengan emosi sehinggakan kita lupa akan fitnah besar yang mereka bawa. Iya isu Palestin itu berat, tetapi isu aqidah jauh lebih berat malah mengatasi semua isu lain!

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa yang melanda umat Islam sekarang dan perlu bagi kita untuk bertindak! Tuntutlah ilmu sebanyaknya dan sampaikan kefahaman kepada seberapa ramai yang termampu kerana di mana ada ilmu, di situlah terletaknya kekuatan yang sejati. Saya berdoa agar rakyat Palestin diberikan kemudahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi situasi genting sekarang ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka, inshaAllah. Akhir kalam, wassalamu’alaykum.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ” (Qur’an – 13:11)

Wallahu’alam.

Advertisements
Comments
  1. ibnzakaria says:

    salam.. Al-quds fi qulubina..

    Setuju, Palestin itu isu Akidah bersama. Ianya bukan lagi sekadar isu kemanusiaan sahaja. Bahkan perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka bermula sejak zaman nabi lagi. Sejak itu juga, zionis cuba mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka. Sememangnya, berperang itu bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    Akan tetapi, dalam isu Palestin sejarah membuktikan Perjanjian demi perjanjian telah dimeterai sebenarnya. Hasilnya dari itu, perjanjian demi perjanjian itulah yang telah dilanggar oleh zionis sendiri. dan perjanjian2 itulah yang menyebabkan berlakunya occupation ke atas tanah Palestin oleh Israel. Yang pada asal perjanjian ketika Israel membentuk negara pd 1948 hanya untuk about 40% from tanah asal Palestin. Kini, oleh kerana perjanjian demi perjanjian itu jugalah menyebabkan kini Israel hv occupied about 80% from tanah asal berbanding rakyat asal Palestin yang mendapat selebihnyat. Rakyat Palestin sendiri menyaksikan bahawa ia bukan lagi jalan yang terbaik, leads to the support to Hamas (pilihanraya palestin; hamas menang 77 kerusi) yg bertegas tidak akan mengisytiharkan negara Israel berbanding Fatah yang telah sekian lama dilihat menjadi boneka Israel sebagai wakil perjanjian bagi pihak Palestin sebelum ini. Perjanjian damai will only leads to another perjanjian. and which is only will lead to another occupation of palestine by Israel.

    Even gencatan senjata yang baru sahaja dilaksanakan pada bersama mesir pada bulan jun yang lalu dilihat tidak berjaya kerana Israel memulakan pencerobohan mereka ke atas gaza dan mnyerang beberapa wilayah. Ini membawa kepada pelancaran roket Hamas ke atas Israel yang memulakan gencatan senjata.

    tidak bermaksud kita tidak mahu berdamai. akan tetapi, kalamullah sendiri telah warning pada kita:

    “wa lan tardho ankal yahudu walan nasara hatta tat tabi’a millatahum” (ayat yg sedia maklum)

    sesungguhnya, yahudi khususnya zionis tidak akan berhenti memperkotak-katikkan umat Islam sehingga misi membentuk Israel raya dan Al-quds jatuh di tangan mereka tercapai dan umat Islam tidak mampu bangkit lagi.

    even, dalam ayat lain menyebut:
    “Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah beserta kamu dan Dia sekali – kali tidak akan mengurangi (pahala) amal- amal kamu.” (47:35)

    kita sama2 mahukan perdamaian. akan tetapi kita tahu dan perlu faham bahawa Palestin direbut oleh yahudi dan zionis kerana AGAMA. jadi, kita berperang kerana Agama. sperti yang saya sebut, perihal kini sudah mampu membuktikan Isu Palestin bukan lagi isu kemanusiaan semata-mata, bukan lagi isu utama pada hakikatnya. ia adalah isu agama, isu akidah buat umat islam. dan sebab itu kita perangi yahudi laknatullah khususnya zionis dan pihak amerika.

    sememangnya, kita tidak mahu lagi melihat mereka menderita. bahkan mereka juga begitu. saya tidak menolak secara total cadangan dan kemungkinanan utk mengadakan perjanjian damai to ease penderitaan rakyat palestin sendiri. Hamas pun tidak mahu rakyat palestin yang sentiasa menyatakan sokongan kepada kerajaan palestin utk terus menderita.begitu juga kita. Cuma sama-sama kita INGAT bahawa perjanjian2 yg sebelum ini hanya akan berat sebelah. dan moga2 kerajaan hamas diberi kekuatan utk menghadapi segala bentuk serangan. dan moga allah sentiasa bersama mereka.

    sama-samalah kita melihat kembali sejarah palestin. memahami isu palestin bukan hanya pada takat ini sahaja tapi sejarah ia berlaku kerana ia adalah sejarah yang tidak berakhir hingga kini.
    Mereka (rakyat palestin) faham, yakin dan imani bahawa:
    ((“wa ma ramaita iz ramaita walakinnallaha rama”)) – (dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar akan tetapi Allah yang melempar)

    Just another point of view.
    Allahumma harrir qudsana wa ja’alna min junudit tahrir..

    zayd umair zakaria
    http://ibnzakaria.wordpress.com
    “…dalam kebenaran kata-kataku, pasti ada kesalahan, dalam kesalahan kata-kata orang lain, pasti ada kebenaran…” -Imam Syafie

  2. ibnzakaria says:

    aasif, sekiranya tersalah pemilihan kata dsb.. Just another point of view, pandangan, opinion about this important issue of us as muslims dan tidak lebih dari itu.

  3. lonsaa says:

    Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuhu,

    Alhamdulillah pandangan yang bernas, Zayd. Dan rasanya ramai yang berpendapat yang sama. Tapi mungkin boleh dibetulkan sikit konteks dalil yang digunakan.

    Mengikut Ibn Jarir dalam Tafsir Ibn Kathir, ayat 120 surah al-Baqarah, Allah berfirman, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”

    Ayat ini diturunkan khas kepada Nabi Muhammad SAW agar baginda tidak tunduk atau melakukan sesuatu yang menyenangkan hati orang-orang Yahudi dan Nasrani, instead disarankan kepada baginda agar kekal dengan perkara yang menyenangkan Allah dan mengajak kepada kebenaran dimana sambungan kepada ayat tadi
    “Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” ”

    Ayat yang seterusnya, “Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. ” , adalah amaran kepada umat Islam agar tidak mengikuti metodologi dan cara hidup Yahudi dan Nasrani. Ayat yang ini walaupun ditujukan kepada Nabi SAW masih boleh diaplikasikan kepada seluruh umat Islam.

    Dari segi konteks ayat, apa yang dimaksudkan dalam ayat 120 itu lebih kepada jangan tinggalkan menjalani gaya hidup Islami dan bukanlah bermaksud tunduk dalam peperangan. Wallahu’alam kalau ada tafsir yang berbeza berkenaan ayat ni. Kalau ada harap sesiapa boleh dikongsi sekali.

    Dalam surah Muhammad ayat 35 pula, Allah berfirman,
    “(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.” Mengikut Ibn Kathir dalam tafsirnya, ayat ini bermaksud, sekiranya umat Islam berada dalam situasi dan keadaan yang jauh lagi hebat atau superior dari segi kuasa, bilangan dan persediaan berbanding orang-orang kafir, jangan melemahkan diri ketika berhadapan dengan musuh dan jangan meminta perdamaian. Akan tetapi, sekiranya pihak musuh jauh lebih kuat berbanding umat Islam, maka pimpinan tertinggi yang mengepalai umat Islam harus bertindak untuk mendapatkan perjanjian damai sekiranya ia dapat memberi manfaat kepada umat Islam.

    Melihat pada keadaan rakyat Palestin dan keadaan umat Islam di seluruh dunia sekarang, adalah lebih wajar sekiranya perjanjian damai diusahakan. Dan seharusnya, kedua-dua pihak melakukan yang terbaik untuk mengelakkan terbatalnya perjanjian damai tersebut.

    Benar sejarah Israel-Palestin perlu dikaji tetapi tidak boleh kita berat sebelah dalam mengambil informasi. Benar tindakan Israel terhadap Palestin tidak berperikemanusiaan. Sekatan bantuan yang dilakukan terhadap penduduk di Gaza sememangnya bercanggah dengan perjanjian yang telah dicapai. Tetapi tindakan Palestin yang melancarkan serangan roket juga menyalahi perjanjian.

    Bukan bermaksud untuk membenarkan tindakan Israel. Tidak! Jauh sama sekali. Tetapi apa yang cuba disampaikan adalah perlunya kita berusaha mengumpul kekuatan terlebih dahulu sebelum terlibat dalam peperangan. Tidak wajar, bahkan tidak waras bagi seseorang yang bersenjatakan batu kerikil pergi berjuang menentang kereta kebal yang lengkap dengan senjata membunuh. Itu bukan sunnah Allah dan bukan juga sunnah Rasulullah ya’ni dengan pergi berperang tanpa ada persiapan yang cukup. Percayalah sekiranya diteruskan peperangan ini sehingga ke hari Kiamat sekalipun, sekiranya tiada persiapan yang cukup dan strategi yang mantap, umat Islam akan terus ditindas dan tidak akan mencapai kemenangan. Itulah sunnah Allah!

    Justeru, melihat pada keadaan sekarang, perjanjian damai perlu diteruskan selagi umat Islam tidak benar-benar kuat dan kukuh dari semua aspek. Pada pandangan diri yang lemah ini, biarlah kita kehilangan sedikit tanah sekalipun andai itu sahaja caranya untuk mendapatkan perdamaian. Berpegang teguhlah kepada perjanjian dan jangan sekali-kali melanggar apa yang telah disepakati walau pihak Zionis tidak melakukan yang serupa kerana mereka juga banyak prasangka. Maka untuk mendapat kepercayaan jangan sekali-kali melanggar perjanjian. Banyakkan bersabar, banyakkan berdoa dan bertawakkal. Kemudiannya, binalah kekuatan ya’ni dengan menguasai ilmu dan yang lain-lainnya yang kebanyakannya telah pun dikuasai oleh pihak Yahudi. Dan sesudah kekuatan itu diperoleh, barulah selayaknya diusahakan untuk mendapatkan semula tanah yang diambil itu. Dan inshaAllah, akan menyusul kemudiannya bantuan dari Allah. Sungguh, janji Allah itu benar. Wallahu’alam.

    Sekadar itu sahaja yang mampu dikongsi. Pandangan dari sudut yang berbeza. Kalau ada salah dan silap silalah betulkan dan sekiranya ada yang benar dan baik harap dapat dimanfaatkan. Yang baik dari Allah dan yang lemah itu dari diri sendiri yang sememangnya dijadikan penuh dengan kelemahan. Setakat ini dulu inshaAllah.

    Wassalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuhu.

  4. ibnzakaria says:

    Jazakallah atas pandangan tersebut juga.. sometimes different views might also be needed. Pokoknya, kita bersama2 ambil berat ttg isu ini.

    link yg boleh dirujuk;

    http://ismaweb.net/v2/Article826.html
    http://ismaweb.net/v2/Article807.html

    wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s