Old story

Posted: April 27, 2010 in Diari, Life

Assalamu’alaykum

I was looking at my posts and I found a draft and it is probably 2 and a half years old. Very dusty!LOL. I remembered I wrote this to my friends when I was very bored at that time. This post is in Malay and it’s OK if you do not understand a thing.

Pada suatu hari, Sang Kancil pergi bertemu raja segala haiwan. Sang Kancil bertanyakan kepada raja segala haiwan satu soalan, yakni soalan kepada segala persoalan. Lantas, raja segala haiwan segera menghantar budak suruhannya, Sang Belatuk, agar menyampaikan soalan itu kepada Simuraq, mergastua ilmuan yg bersemayam di mahligainya disebalik Bukit Qaf. Dalam perjalanan yg penuh cabaran itu, Sang Belatuk bersama rombongannya seramai 1035 ekor burung dr 335 kabilah telah bertemu Naga Sakti. Naga Sakti menasihati Sang Belatuk agar mencari cincin Raja Zal sebelum mengadap Simuraq kerana Simuraq pernah berhutang budi dgn Raja Zal suatu ketika dahulu.

Kata Naga Sakti, “Simuraq pasti menjawab persoalanmu wahai Sang Belatuk, budak suruhan raja segala haiwan, andai kau memiliki cincin Raja Zal, raja dua pertiga manusia, kerana Simuraq terkenal dengan kesombongannya. Maka kerana terhutang budi akan Raja Zal pasti ia akan membantumu menjawab soalan segala persoalan ini.”

Maka berpecahlah rombongan 1035 ekor burung itu ke seluruh pelosok Tanah Utama mencari maqam Raja Zal yg disembunyikan kaum kerabatnya. Dari seramai 1035 susutlah kepada 30 kekuatan jentera rombongan Sang Belatuk. Akhirnya berputus asalah Sang Belatuk mencari cincin Raja Zal. Lantas rombongan 30 ekor burung ini mencuba nasib mereka untuk bertanyakan Simuraq tanpa hadiah persembahan cincin Raja Zal. Bertemulah mereka akan Simuraq dan bertanyalah Sang Belatuk kepada Simuraq soalan segala persoalan.

Lantas Simuraq mengepakkan sayapnya dan dengan bengisnya berkata, “Berani kau datang kemari bertanya kepadaku sedang kau tiada membawa cincin Raja Zal kepadaku? Nyah kau dr sini wahai budak suruhan raja segala haiwan! Kembalilah kamu kepada rajamu dan katakan kepadanya tanyakan soalan itu kepada si penyanya asalnya kembali, nescaya tahulah ia akan apa tindakan seterusnya yg harus diambil!”

Pulanglah Sang Belatuk dgn rombongannya kepada raja segala haiwan untuk menyampaikan apa yg Simuraq katakan kepada mereka. Raja segala haiwan segera memerintah pegawainya agar membawa Sang Kancil mengadapnya. Dikatakan kepada Sang Kancil agar sampaikan apa yg Simuraq katakan kepadanya, yakni kembalikan persoalannya kepada penanya asalnya. Berundurlah Sang Kancil dr istana raja segala haiwan dan bertemu dgn penanya asal. Penanya asal kembali buntu namun akhirnya mendapat akal lantas ditulisnya akan kisah yg tidak masuk akal ini disini semata-mata untuk menghilangkan keboringan menulis Lab Report Chem Sepnya. Apakah soalan yg ingin ditanyakan sang penanya?

Kepada siapa harus dibayar 3 dolar untuk BBQ sabtu ni?

Maka berakhirlah satu riwayat yg tiada awal dan akhirnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s